Wednesday, July 8, 2009

you nak some BM tak?

oh well...

Malam ini merupakan malam yang amat menyenangkan hati saya. Bulan penuh mengambang, angin tiup bersepoi-sepoi dan nyamuk terbang mengelilingi saya bagaikan malaikat yang sering berada di tepi saya. Ah, alangkah baik sekiranya saya kini berada di tepi pantai, contohnya Teluk Batik, Pantai Morib, Pantai Kelanang, dan sebagainya. Saya akan dapat menikmati cahaya bulan menerangi pantai dan merasakan pasir halus memenuhi celah-celah antara jari kaki pada setiap langkah yang saya ambil. Saya memang pandai bermimpi, sama ada mimpi malam ataupun mimpi siang. Memang cekap dan canggih-manggih.

Dalam dua bulan ini saya sudah banyak bermimpi siang kerana saya perlu menyediakan rancangan pelajaran harian. Saya perlu mengimaginasikan(oh dang, membayangkan) apa yang mungkin berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, saya memang tidak terbayang satu hari saya perlu mengajar dengan menggunakan BM kerana pada pandangan saya, langkah untuk menrevertkan (oh dang, menukar balik) pengajaran Sains dan Matematik daripada BI kepada BM adalah tidak wajar. Good morning/afternoon Miss Wong akan bertukar menjadi Selamat pagi/petang/sejahtera Cik Wong. Saya rasa macam tidak begitu sedap dengar. Itu hanyalah perkara kecil. Jadi, tidak mengapalah, kan? Asalkan budak-budak bagi salam.

2012. Kesian budak-budak tingkatan satu yang saya kenali dalam dua bulan ini kerana mereka akan memasuki 'era pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik' yang baru (ataupun boleh dikatakan lama). Mereka akan menjadi tikus putih! Dan saya akan mengajar sains dan matematik dalam BM. Kita semua akan berbahasa Malaysia dalam kelas. Banyak perkataan perlu ditukarkan. Photosynthesis menjadi fotosintesis. Oxidation menjadi pengoksidaan. Potassium menjadi kalium. Commensalism menjadi komensalisme. Saya tidak mampu memberi contoh-contoh yang lain kerana terdapat terlampau banyak contoh. Tolonglah, Tuhan, jangan sekali-kali meminta saya mengajar fizik ataupun kimia. Fizik bagaikan yunani bagi saya. Kimia bagaikan separuh yunani bagi saya. Separuh yunani ataupun yunani, sama sahaja kerana mereka tidak banyak berbeza.

Saya rasa penukaran ini adalah tidak logik. Sekolah rendah - bahasa ibunda; sekolah menengah - BM; tingkatan 6 dan matriks BI. Murid-murid terpaksa menyesuaikan diri dari satu fasa ke fasa yang lain. Mereka sedang bermain-main dengan masa depan murid-murid bagaikan bermain dengan pasir. 6 tahun adalah tidak mencukupi untuk melihat hasil PPSMI. Mereka ini memang tidak mempunyai kesabaran dan pandangan yang jauh. Mereka mengatakan bahawa PPSMI telah memperbesarkan jurang perbezaan orang bandar dengan orang kampung. Merekalah orang bandar yang berkebolehan untuk menghantar anak-anak mereka ke private school, international school, ke luar negara. Siapakah yang sedang memperbesarkan jurang perbezaan?

Argh, apa-apa saje lar... what-e-ver-larrrrrrr!!!!!

Ah....
Saya ini cakap je tahu.. ada apa lagi yang saya boleh buat?

Hmmmm... saya masih mempunyai 3 tahun dari sekarang.. saya boleh mempraktiskan BM saya dengan ...
  1. menulis blog dalam BM
  2. membaca UtusanM
  3. mendengar lagu BM
  4. mendengar stesyen radio yang bahasa perantarannya ialah BM
  5. membaca Alkitab B.Indon
  6. bertutur dalam BM
  7. ????
  8. ????
  9. ????
Anda digalakkan untuk memberikan cadangan agar saya dapat memperbaiki BM cacat saya. Saya beraspirasi untuk mengajar setelah bertahun-tahun saya bergelut dengan ketidakinginan saya untuk menjadi seorang pendidik. Saya tidak ingin kecacatan saya dalam BM menjadi pembunuh aspirasi yang baru saya peroleh.
Sekian, terima kasih.

1 comment:

alias derais said...

kekalkan aspirasi anda untuk menjadi guru-jangan jadi guru kerana terpaksa-itu akan membuatkan anda menderita.

jadilah guru seikhlas hati-kerjaya yang hebat-kita membentuk negara bangsa.

terima kasih.